Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Thailand akan menghantar dua pakar ke wilayah Nakhon Si Thammarat Isnin untuk menganalisis lebih lanjut serpihan disyaki dari bangkai pesawat yang dijumpai di wilayah di selatan Thailand.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Amphawan Wannako berkata jabatan itu dengan bantuan pegawai Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) juga telah menerbangkan serpihan tersebut ke ibu negara di sini pada Ahad .
"Selain kedua-dua pakar kami yang akan berada di Nakhon Si Thammarat esok (Isnin), kami juga akan dibantu oleh pakar-pakar RTAF bagi pemeriksaan dan mengangkut serpihan ke Bangkok," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
VIDEO: Serpihan disyaki bangkai pesawat MH370 ditemui
BACA: Tidak mungkin serpihan di Thailand milik MH370 - Pakar penerbangan
BACA: Masih tiada pengesahan serpihan ditemukan di Thailand milik pesawat MH370 - Tiong Lai
Beliau berkata proses mengangkut serpihan itu disyaki milik pesawat kemungkinan besar akan dilakukan oleh pesawat Hercules C-130 milik RTAF ini.
Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran pantai di wilayah selatan negara itu semalam melaporkan mengenai penemuan objek logam besar, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang, dipercayai milik sebuah pesawat.
Penemuan serpihan tersebut, dekat pantai di selatan Thailand, mendorong media negara itu membuat spekulasi bahawa serpihan yang dipercayai dari bangkai pesawat mungkin ada kaitan dengan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang.
Di LANGKAWI, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bahawa belum ada pengesahan bahawa serpihan sisa pesawat yang dijumpai di selatan Thailand adalah milik MH370.
Bagaimanapun, susulan penemuan tersebut, beliau telah meminta Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman untuk menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan.
Sementara itu, Amphawan berkata, walaupun telah melihat foto serpihan dipercayai dari pesawat yang dijumpai di selatan Thailand, beliau tidak dapat menentukan sama ada serpihan tersebut sebenarnya berasal dari pesawat awam atau tentera. "Pakar-pakar perlu memeriksa dengan teliti objek itu sebelum membuat kesimpulan," katanya.
Sementara itu, pegawai polis daerah Pak Phanang, Sub Leftenan It Paijit Pongkaew memberitahu Bernama, tiga pegawai RTAF dari pangkalan di selatan Thailand telah memeriksa serpihan tersebut tetapi tidak mendedahkan apa-apa maklumat.
"Mereka tidak memberitahu apa-apa tentang serpihan itu," kata beliau.
Bernama
Sun Jan 24 2016
Penemuan serpihan tersebut, dekat pantai di selatan Thailand, mendorong media negara itu membuat spekulasi bahawa serpihan yang dipercayai dari bangkai pesawat mungkin ada kaitan dengan Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014. - Gambar fail
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Pantau Belanjawan: SMEs, local businesses' Industry 4.0 transformative journey
According to MITI in 2018, less than 21% of SMEs implemented this 4IR. Join Chan Leong, the CEO & Founder of Skribble, exploring the realignments and leverages of the adoption of Industry 4.0 among SMEs and local businesses.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
Microsoft buang WordPad melalui kemas kini Windows 11 24H2
MICROSOFT kini memaklumkan mereka akan membuang perisian terbina WordPad pada semua edisi Windows, melalui kemas kini Windows 11 (24H2) yang akan ditawarkan kelak pada tahun ini.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.
Penerbangan Malaysia Airlines ke, dari Chennai dibatalkan hari ini
Malaysia Airlines mengumumkan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Chennai, India telah dibatalkan kerana Lapangan Terbang Chennai (MAA) ditutup akibat banjir.
Malaysia Airlines lancar penerbangan pertama ke Ahmedabad
Penumpang dijamu dengan persembahan tarian khas India Utara dan menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan daripada Malaysia Airlines.
Tragedi MH370: Perbicaraan tuntutan pampasan waris mangsa bermula Isnin ini
Proses perbicaraan tuntutan pampasan oleh ahli keluarga mangsa akan bermula di Mahkamah China pada 27 November ini.
Pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines mulakan perkhidmatannya hari ini
Pesawat canggih ini akan melaksanakan penerbangan komersial pertamanya ke Kota Kinabalu hari ini.