Lebih 51 juta pengundi dijangka akan membuang undi dalam pilihan raya Thailand selepas hampir lima tahun berada dibawah kerajaan tentera yang ketika ini mahu kembalikan perdana menteri bagi memerintah negara itu.

Ketua junta, Prayuth Chan-ocha disokong oleh golongan elit yang setia kepada raja dan tentera yang telah lama bersengketa antara satu sama lain sementara bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra kini hidup dalam buangan.

Thaksin atau sekutunya, yang mendapat sokongan daripada golongan miskin di luar bandar, telah memenangi setiap pilihan raya sejak tahun 2001, hanya akan ditolak oleh rampasan kuasa atau mahkamah.

Persaingan antara pasukan dominan dijangka kembali dalam pilihan raya yang dijadualkan pada Ahad.

Pengkritik berkata, tentera yang dilantik dan birokrat mampu menyekat ahli-ahli politik yang dipilih dalam pilihanraya ke-20 Thailand yang diadakan di bawah perlembagaan yang disokong oleh ketenteraan ini.

Menurut Punchada Sirivunnabood, profesor bersekutu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Mahidol, Bangkok, pihak berkepentingan cuba memanjangkan dan melegitimasikan kuasa menerusi pilihanraya dan perlembagaan.

Dijangkakan ramai yang akan keluar mengundi di negara kuasa ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara ini selepas proses undi awal dilakukan hujung minggu lalu.

Pust mengundi akan dibuka pada jam 8 pagi dan akan ditutup sembilan jam kemudian apabila proses kiraan bermula.

Larangan alkohol selama 24 jam akan dikuatkuasakan mulai 6 petang pada hari Sabtu.

Keputusan awal di beberapa kawasan dijangka akan diketahui pada malam Ahad.

Namun keputusan penuh yang menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan hanya akan diketahui selepas beberapa hari atau minggu selepas keputusannya diperakui, selepas itu parlimen harus bersidang untuk memilih perdana menteri.

Golongan elit berkepentingan di Thailand telah bersengketa dengan kumpulan Thaksin selama lebih dari satu dekad, ia merupakan satu perkara yang boleh membawa kepada kekalahan dari sudut undang-undang.

Proses pengundian merupakan antara yang paling dramatik dalam sejarah Thailand kerana bahagian-bahagian ini semakin membesar.

Parti yang berkaitan dengan Thaksin, Thai Raksa Chart, telah dibubarkan pada awal Mac kerana permusuhan terhadap raja berperlembagaan selepas Raja Maha Vajiralongkorn menolak usaha parti itu mencalonkan kakaknya, Puteri Ubolratana Rajakanya, sebagai calon perdana menteri.

Pembubaran oleh Mahkamah Perlembagaan dilihat sebagai menghalang sekutu Thaksin dan mengukuhkan Prayuth, yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada 2014 ketika beliau menjadi ketua tentara.

Ketidaktentuan pilihan raya itu boleh menimbulkan kesan ke atas eksport dan ekonomi negara itu yang bergantung kepada pelancongan, yang pertumbuhannya ketinggalan berbanding rakan-rakan di rantau ini.

Pilihan raya ini juga berlaku ketika Thailand bergulat dengan risiko dari lonjakan baht di tengah perdagangan global yang perlahan.

Pelabur-pelabur asing telah menarik lebih daripada 700 juta dolar dari pasaran saham dan bon Thailand tahun ini.