awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand masih siasat kes peras ugut PetroSaudi

Bernama
Bernama
01/07/2015
16:33 MYT
Thailand masih siasat kes peras ugut PetroSaudi
Prawuth berkata kes Justo akan dibicarakan di Thailand kerana kesalahan yang dikatakan itu dilakukan di Thailand. - Foto AFP
Polis Diraja Thailand masih dalam proses siasatan kes bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo walaupun dia telah mengaku melakukan peras ugut dan cuba memeras bekas majikannya.
Jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Lt Jen Prawuth Thavornsiri berkata Justo telah mengaku terhadap dakwaan mengenai memeras ugut dan cuba melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.
"Ya, dia telah mengaku," katanya ketika ditanya oleh Bernama sama ada Justo telah mengaku terhadap semua dakwaan peras ugut dan pemerasan.
Beliau berkata kes Justo akan dibicarakan di Thailand kerana kesalahan yang dikatakan itu dilakukan di Thailand.
Mengenai laporan berhubung permohonan polis Malaysia untuk menemu bual Justo, beliau berkata setakat ini tiada permintaan rasmi atau pihak berkenaan telah berhubung mengenai perkara itu.
Malaysia bukan pengadu atau terlibat dalam hal ini, hanya Thailand dan PetroSaudi terlibat, katanya selepas sidang media mingguan Polis Diraja Thailand di sini Rabu.
Ketika ditanya jika pegawai-pegawai Malaysia akan dibenarkan untuk menemui Justo, beliau berkata, pegawai asing dari negara-negara yang tidak terlibat dalam kes itu tidak akan dibenarkan menemui Justo.
"Apakah status para pegawai Malaysia dalam kes ini?' dia bertanya.
"Oleh kerana kes ini adalah masalah hubungan antarabangsa, kami tidak akan membenarkan mana-mana lawatan sehingga proses siasatan selesai," katanya sambil menegaskan beliau adalah satu-satunya orang yang diberi kuasa untuk bercakap mengenai kes tersebut.
Beliau berkata kes itu melibatkan Switzerland (kerana Justo ialah warga Switzerland), England, tempat PetroSaudi berdaftar, dan Thailand, tempat kesalahan dikatakan dilakukan.
Justo melakukan kesalahan itu di Thailand, jadi dia akan didakwa di Thailand di bawah undang-undang Thailand, katanya.
Mengenai lawatan Timbalan Ketua Polis Thailand Jakthip Chaijinda ke Kuala Lumpur esok, beliau berkata lawatan itu untuk berbincang mengenai isu pemerdagangan manusia.
Justo ditangkap di Koh Samui pada 22 Jun berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok.
Tuduhan ke atasnya ialah cuba memeras ugut atau cuba melakukan pemerasan.
Dia dikatakan telah menuntut bayaran sehingga 2.5 juta Swiss franc (kira-kira RM10 juta) daripada PetroSaudi sebagai ganjaran tidak mendedahkan maklumat perniagaan yang telah dicurinya.
Topic Berkaitan
#!MDB
#PetroSaudi
#Prawuth Thavornsiri
#Thailand
#Xavier Andre Justo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan