awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risiko kemalangan nuklear di Ukraine lebih serius berbanding senjata atom - IAEA
Siklon tropika Nokaen tingkatkan risiko lahar berhampiran Gunung Berapi Mayon
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand umum kes 'pneumonia Wuhan' pertama di luar China

Agensi
Agensi
13/01/2020
14:57 MYT
Thailand umum kes 'pneumonia Wuhan' pertama di luar China
Pentadbiran Bangkok menyatakan keyakinan mampu mengawal wabak maut berkenaan daripada menular di negaran itu. - Gambar hiasan
Pihak berkuasa di Thailand mengumumkan kes pertama Pneumonia Wuhan dikesan di negara gajah putih itu, lapor portal South China Morning Post.
Ini menjadikan kes pertama wabak berkenaan di luar China.
Mangsa, seorang wanita berusia 61 tahun dirawat di sebuah hospital di Nonthaburi sejak 8 Januari lalu dan kini sudah menunjukkan tanda-tanda pulih dan sedia untuk kembali ke negara asalnya.
Identiti pesakit bagaimanapun tidak didedahkan. Dia dipercayai mengalami demam ketika tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 8 Januari lalu dan didiagnos menghidapi pneumonia sederhana.
Bagaimanapun pentadbiran Bangkok menyatakan keyakinan mampu mengawal wabak maut berkenaan daripada menular di negaranya.
Keyakinan berkenaan disuarakan di sebalik pengakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa wabak berkenaan mempunyai kebarangkalian untuk merebak di luar China.
Pihak berkuasa China pada hujung minggu lalu mengumumkan penemuan genetik virus Pneumonia yang baharu.
Ia mempunyai 80 peratus persamaan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang menjangkiti lebih daripada 8,000 individu dan meragut 775 nyawa pada 2003.
Wabak 'pneumonia Wuhan' berkenaan sudah menjangkiti 41 orang di Wilayah Wuhan, China dan menyebabkan satu kematian.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#China
#Pneumonia Wuhan
#SARS
#tanda pulih
#Thailand
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan