awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Theresa May tangguh undi Brexit

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2018
03:28 MYT
Theresa May tangguh undi Brexit
Theresa May berucap di Parlimen Britain, London, 10 Dis, 2018. (Foto AP)
Perdana Menteri Britain Theresa May pada Isnin menangguhkan sesi pengundian Brexit yang dijadual pada Selasa.
Langkah May itu bagi mengelak daripada usul itu gagal di Parlimen.
"Saya mendengar apa yang telah diperkatakan di dalam Dewan ini, dan di luar sana, dari semua pihak. Mendengar pandangan yang diberikan, jelas bahawa wujud sokongan meluas terhadap aspek utama dalam perjanjian ini.
"Tetapi, satu-satunya isu, iaitu pintu belakang Ireland Utara, ia isu yang mencetuskan kebimbangan. Hasilnya, sekiranya kita meneruskan sesi undian ini esok (Selasa), ia akan ditolak dengan margin yang signifikan.
"Oleh itu, kami memutuskan untuk menangguhkan sesi pengundian. Kami tidak mahu mencetuskan perpecahan di dalam Dewan ini," katanya di Parlimen Britain.
May pada mulanya bercadang untuk kembali ke meja rundingan bagi membincangkan perjanjian baru yang akan mendapat sokongan.
Namun, Kesatuan Eropah (EU) awal-awal lagi memberi amaran yang ia tidak akan dirunding semula.
Dalam kenyataannya kepada Parlimen, May optimis perjanjian yang dipersetujui dengan EU ini adalah yang paling tepat.
Namun, katanya, beliau akan mendapatkan jaminan dari EU mengenai klausa khas berkaitan Ireland Utara.
Susulan itu, Presiden EU Donald Tusk memanggil satu mesyuarat tergempar yang akan diadakan di Brussels pada Khamis.
Penangguhan sesi undian yang dilakukan beberapa bulan sebelum Britain menamatkan keanggotaannya selama empat dekad dalam EU itu menyebabkan pasaran turut terkesan.
Ia menyebabkan pound sterling jatuh ke paras terendah dalam tempoh 18 bulan.
Britain dijadual meninggalkan EU secara rasmi pada 29 Mac 2019.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#EU
#European Union
#Kesatuan Eropah
#London
#Parlimen
#Perdana Menteri
#tangguh
#Theresa May
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan