announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

'Thermal gun' tidak berbahaya kepada manusia

'Thermal gun' tidak berbahaya kepada manusia
Baru-baru tular sebuah video yang mendakwa alat pengimbas suhu atau 'thermal gun' menghasilkan radiasi berbahaya kepada manusia.
KEMENTERIAN Kesihatan Brunei menyangkal maklumat yang tular di media sosial negara itu mendakwa 'thermal gun' atau alat pengimbas suhu badan menghasilkan radiasi berbahaya kepada manusia.

Alat yang turut dikenali sebagai jangka suhu infra merah tanpa sentuhan itu kini banyak digunakan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Pihak kementerian menegaskan, alat menggunakan teknologi infra merah itu selamat digunakan dan tiada bukti saintifik menunjukkan ia membahayakan otak atau boleh merosakkan mata.

Ahli radiologi di Jabatan Radiologi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Dr Nor Lenny Abdullah, menjelaskan jangka suhu infra merah yang diguna bagi pemeriksaan suhu di hospital, kedai, sekolah dan tempat lain adalah selamat.

"Radiasi infra merah adalah sebahagian radiasi elektromagnet, sama seperti gelombang radio, cahaya yang kelihatan, X-ray, gamma dan lain-lain, hanya sifat serta kesannya berbeza," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, terdapat dua jenis radiasi iaitu radiasi tidak mengionkan, yang hanya menyebabkan sedikit kesan panas tetapi tidak cukup untuk mengakibatkan kerosakan jangka panjang terhadap tisu dan imbasan X-ray.

Justeru, orang awam tidak patut panik dengan mesej yang tular itu kerana jangka suhu infra merah atau 'thermal gun' tidak menghasilkan radiasi seperti mesin X-ray dan selamat digunakan.


kementerian menegaskan, alat menggunakan teknologi infra merah itu selamat digunakan dan tiada bukti saintifik menunjukkan ia membahayakan otak atau boleh merosakkan mata



Tag: Thermal gun, pengimbas suhu, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.