awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Melaka selamatkan 27 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia
Rakyat Sarawak diingat pertahankan maruah negeri
FAM maklum FIFA, AFC mengenai peletakan jawatan semua Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thomas Cook: Pelancong United Kingdom terkandas di Sepanyol selamat pulang

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2019
23:38 MYT
Thomas Cook: Pelancong United Kingdom terkandas di Sepanyol selamat pulang
Proses penghantaran pulang yang dijangka menelan belanja lebih £100m ini merupakan yang terbesar sejak Perang Dunia Kedua. -Gambar hiasan
Penerbangan pertama membawa pelancong United Kingdom yang terkandas di luar negara susulan pengisytiharan muflis Thomas Cook selamat pulang.
Kelompok pertama penumpang tersebut berlepas dari Mallorca, Sepanyol dan tiba di Lapangan Terbang Birmingham pada Isnin.
Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps berkata pelan penghantaran pulang itu akan berlanjutan sehingga dua minggu.
Menurutnya, setakat ini, proses itu berjalan lancar.
Proses penghantaran pulang yang dijangka menelan belanja lebih £100m (kira-kira RM520 juta) oleh Kementerian Pengangkutan ini merupakan yang terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Penghantaran pulang itu dilakukan susulan laporan bahawa sekitar 150,000 pelancong negara itu tidak dapat kembali ke tanah air selepas syarikat pengurus pelancongan dan pengembaraan tertua di dunia itu mengisytihar muflis.
Thomas Cook yang diasaskan sejak 178 tahun lalu gagal memperoleh perjanjian ‘penyelamat’ bernilai RM1.04 bilion daripada pelabur swasta bagi mengatasi masalah kewangannya.
Topic Berkaitan
#Grant Shapps
#isytihar muflis
#pelancong United Kingdom
#penghantaran pulang
#terkandas di luar negara
#Thomas Cook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan