awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kehidupan normal hingga akhir tahun depan, kata pakar AS

Agensi
Agensi
15/04/2020
14:42 MYT
Tiada kehidupan normal hingga akhir tahun depan, kata pakar AS
Pakar perubatan dari Amerika Syarikat berpendapat tempoh 18 bulan adalah paling selamat untuk memastikan COVID-19 benar-benar berakhir. - AP Photo/John Minchillo
MAKAN di restoran, menghadiri konsert atau menonton perlawanan bola sepak di stadium.
Semua yang disebutkan di atas tidak boleh dilakukan sekurang-kurangnya hingga akhir tahun depan, kata seorang pakar perubatan Amerika Syarikat (AS).
Dr. Ezekiel J. Emanuel, pakar onkologi di Fakulti Perubatan, Universiti Pennsylvania berkata, ini adalah kerana dia meramalkan vaksin COVID-19 hanya akan berjaya ditemui pada akhir tahun 2021.
"Saya kecewa apabila White House dengan yakin mengatakan yang hidup kita akan kembali normal dalam beberapa bulan ini, dan September ini musim futbol akan bermula seperti biasa.
"Itu semua tidak akan berlaku," katanya yang merupakan sebahagian daripada pasukan Obamacare, sebuah akta kesihatan yang diwujudkan semasa era pentadbiran Barack Obama.
"Kita harus mempersiapkan negara. Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan. "Kita perlu melakukan perubahan besar-besaran, bukan sekadar bagi bantuan untuk beberapa minggu.
"Saya tidak fikir vaksin boleh disiapkan tahun ini. Untuk keselamatan, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga, sekurang-kurangnya sehingga Julai tahun hadapan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#perubatan
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan