Ketidakmampuan dunia untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar menyebabkan kepercayaan terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin berkurangan.

Mengambil contoh seperti di Jammu dan Kashmir di India, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun wujud resolusi PBB, namun negara anggota masih meminggirkan resolusi tersebut.

“Ketidakmampuan dunia untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar telah berkurangnya kepercayaan bagi pembentukan resolusi PBB.

“Kini, walaupun wujud resolusi PBB bagi Jammu dan Kashmir, negeri itu kekal diserang dan diduduki. Mungkin ada alasan atas tindakan ini, namun ia masih salah.

“Masalah ini perlu diselesaikan secara aman. India sepatutnya bekerjasama dengan Pakistan untuk menyelesaikan masalah ini.

"Meminggirkan PBB akan menyebabkan badan dunia itu tidak dipeduli termasuk mendaulatkan undang-undang,” katanya pada debat umum PBB Sesi Ke-74 di sini pada Jumaat.

Tegas Dr Mahathir, apa yang diharapkan oleh etnik Rohingnya adalah campur tangan badan dunia itu lantaran mereka tidak lagi mempercayai pentadbiran yang dipimpin Aung San Suu Kyi.

“Saya merujuk semula nasib Rohingya di Myanmar. Ramai koloni Barat, sejak merdeka, menggugurkan ’bukan orang asal’ di negara mereka. Namun, tiada tempat sekejam apa yang berlaku di Myanmar.

“Hinggakan orang asal dibunuh beramai-ramai, dibunuh secara kejam dan dirogol dengan disaksikan oleh perkampungan dan rumah mereka yang dibakar.

“Mereka dipaksa untuk berpindah dan sekarng mereka takut untuk pulang ke Myanmar walaupun mereka ditawarkan (kembali semula). Mereka tidak mempercayai tentera Myanmar, melainkan jika perlindungan daripada pihak bukan Myanmar,” katanya.