SEORANG lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana membunuh dan merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun.

Kisah yang terjadi di Kecamatan Tapung Hulu, Indonesia ini bermula apabila suspek, Yogi Pratama mengajak kekasihnya yang hanya dikenali sebagai DS bertemu selepas seminggu berkenalan menerusi laman media sosial Facebook.

Pratama membawanya ke sebuah rumah usang di Mindal dan mengajak kekasihnya untuk melakukan hubungan seksual.

Kekasihnya pada awal bersetuju, tetapi selepas seminit bersama, mangsa tidak mahu meneruskan perbuatan seksual dan berlari keluar dari rumah itu.

Suspek kemudian mengejarnya dan kemudian memukulnya dengan sebatang cangkul.

Menurut laporan portal Suar, mangsa dipukul di bahagian kepala dan bahagian belakang badannya.

Tidak berpuas hati dengan keadaan berlumuran darah, suspek menerkup muka mangsa sehingga mangsa meninggal dunia.

Apa yang lebih kejam, suspek sanggup memuaskan nafsunya dengan merogol mangsa yang mati dibunuh.

Penduduk tempatan menjumpai mayat mangsa yang masih berlumuran darah dan melaporkan kepada pihak polis.

13 jam selepas siasatan dijalankan, pihak berkuasa berjaya menahan suspek dan dia mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu.