Tiga individu dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di pusat membeli-belah Fashion Show Mall di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menurut jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, insiden berkenaan berlaku jam 6.15 petang waktu tempatan.

Penembak yang belum dikenal pasti dipercayai meninggalkan pusat membeli-belah itu sebelum polis tiba ke lokasi.

Setakat ini, polis masih belum memberi sebarang butiran mengenai punca kejadian namun percaya bahawa tiada ancaman lanjut kepada orang ramai.

Sementara itu, pihak berkuasa Nevada terpaksa menutup semua laluan keluar dari Interstate 15 ke arah Gunung Spring di timur laut ekoran kejadian.