DUNIA
Tiga individu sudah disahkan dijangkiti virus Wuhan di Singapura

Pusat Pencegahan Penyakit Berjangkit Negara di Singapura yang menempatkan pesakit dijangkiti koronavirus. - National Centre for Infectious Diseases.
Jumlah individu yang disahkan dijangkiti koronavirus di Singapura sehingga hari ini, meningkat kepada tiga orang.
Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan perkara tersebut selepas hasil ujian yang dilakukan terhadap dua individu dari Wuhan, China didapati positif dijangkiti virus tersebut.
"Pesakit baharu yang berusia 37 tahun, merupakan anak lelaki kepada pesakit pertama turut disahkan positif Koronavirus.
"Pesakit kedua yang disahkan positif virus sama pula adalah seorang wanita yang berusia 53 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura, Selasa lalu," katanya memetik portal berita Channel News Asia.
Jelas laporan itu, wanita terbabit telah mendapatkan rawatan di Hospital Raffles selepas mengalami demam, batuk dan selsema.
"Kementerian Kesihatan mengenal pasti suspek positif virus itu semalam dan dia telah pun ditahan di Pusat Pencegahan Penyakit Berjangkit Negara," katanya.
Perkembangan mengenai virus itu bermula selepas Singapura melaporkan kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun dari Wuhan dijangkiti Koronavirus, Isnin lalu.
Terdapat 44 kes yang disyaki novel koronavirus (2019-nCoV) dilaporkan di Singapura melibatkan pesakit yang berusia antara setahun hingga 78 tahun.
Hasil ujian yang dilakukan terhadap semua pesakit itu mendapati 13 daripadanya adalah negatif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami