awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kes baharu koronavirus di Singapura, empat lagi dibenarkan pulang

Bernama
Bernama
09/02/2020
15:59 MYT
Tiga kes baharu koronavirus di Singapura, empat lagi dibenarkan pulang
Dalam maklumat terkini, MOH juga menyatakan empat lagi kes yang disahkan telah dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah yang telah pulih sepenuhnya kepada enam. - Gambar REUTERS
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan tiga lagi kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di republik itu, menjadikan keseluruhannya kepada 43 kes.
Dalam maklumat terkini, MOH juga menyatakan empat lagi kes yang disahkan telah dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah yang telah pulih sepenuhnya kepada enam.
Menurut kementerian itu, satu daripada kes positif yang baharu itu melibatkan seorang rakyat Bangladesh berusia 39 tahun, seorang pemegang Pas Pekerja Singapura dan tiada rekod ke China baru-baru ini.
Pada masa ini beliau ditempatkan dalam bilik isolasi di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID), katanya.
Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH menyatakan lelaki itu telah ke pusat membeli-belah Mustafa Centre dan tinggal di asrama The Leo di 25 Kaki Bukit Road.
BACA: Singapura sahkan tujuh lagi kes jangkitan koronavirus
Dua kes baharu lagi melibatkan warga Singapura yang tidak pernah ke China baru-baru ini tetapi salah seorang daripada mereka berada di Malaysia pada 26 Jan.
Keadaan terkini mengenai pesakit kes yang disahkan, MOH berkata, 37 mereka yang masih di hospital, kebanyakan dalam keadaan yang stabil atau beransur pulih.
Bagaimanapun, enam dalam keadaan kritikal di pusat rawatan rapi, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#Hubei
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes positif
#NCID
#NCP
#novel koronavirus
#virus Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan