awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut dalam bencana taufan di Filipina

Agensi
Agensi
26/12/2016
08:21 MYT
Tiga maut dalam bencana taufan di Filipina
Stesen cuaca Filipina berkata bahawa taufan Nock-Ten bergerak kearah barat laut pada 20 kilometer sejam dan dijangka akan melanda Manila dan sekitarnya lewat hari itu. - AFP PHOTO / NASA
Taufan kuat yang membawa hujan lebat dan angin kencang berbahaya ke Filipina melalui gugusan pulau di sekitarnya telah mengorbankan tiga orang.
Taufan Nock-Ten, yang bermula di kepulauan timur Catanduanes pada Ahad dijangka bergerak ke barat dengan kelajuan angin 215 kilometer sejam.
Dua orang dilaporkan terbunuh dalam banjir dan seorang warga emas telah mati dihempap runtuhan dinding, jelas seorang gabenor di daerah timur Albay, Al Bichara kepada stesen televisyen tempatan.
Lebih 383,000 orang telah mengosongkan rumah mereka dan lebih 80 penerbangan domestik dan antarabangsa telah dibatalkan, kata pegawai pertahanan mengenai taufan yang melanda pada hari sambutan Krismas di negara yang majoritinya beragama Kristian itu.
Stesen cuaca Filipina berkata bahawa Taufan Nock-Ten bergerak ke arah barat laut pada 20 kilometer sejam dan dijangka akan melanda Manila dan sekitarnya lewat hari itu.
Kota metropolis yang diduduki seramai 13 juta itu menjadi lengang sehari selepas Krismas disebabkan semua penduduk berkurung di dalam rumah kerana taufan semakin menghampiri.
Pejabat pertahanan awam berkata bahawa bandar itu bakal berdepan 'hujan lebat yang berpanjangan, banjir kilat dan tiupan angin kencang', sementara bot-bot penyelamat sedia untuk digunakan sekiranya air sungai melimpah.
“Pusat bencana tempatan sedang bersiap sedia. Kami telah menguruskan agihan barang-barang bantuan dan menyelamat di Metro Manila,” jelas Mina Marasigan, jurucakap bagi pusat kawalan bencana negara.
Pengawal pantai pada Ahad telah mengeluarkan arahan pengosongan bagi penempatan pantai di selatan Manila sebelum Isnin dan penduduk di pesisiran pantai diberi amaran untuk meninggalkan rumah mereka.
Ribut pada Hari Natal telah memutuskan bekalan elektrik bagi berjuta-juta penduduk dan memaksa agensi kerajaan untuk mengeluarkan arahan pengosongan kepada seluruh penduduk di timur wilayah Bicol.
Topic Berkaitan
#Albay Al Bichara
#Manila
#ribut
#taufan Nock-Ten
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan