Tiga maut dalam sebuah drama tebusan di sebuah pasaraya di Trebes, ke barat daya Perancis pada Jumaat selepas seorang lelaki bersenjata bertindak merampas sebuah kenderaan sebelum menahan pengunjung.

Dia kemudiannya ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Dua lagi yang terbunuh adalah tebusan.

Turut cedera 16 yang lain, termasuk dua yang dilaporkan cedera parah dalam tindakan yang disifatkan presiden Perancis, Emmanuel Macron sebagai satu tindakan keganasan.

Kumpulan Daish dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan namun dakwaan sedang disiasat pihak berkuasa.

Insiden tebusan semalam menjadikan jumlah kematian akibat serangan yang dikaitkan dengan tindakan keganasan di Perancis meningkat kepada 240 orang sejak 2015.

Pihak berkuasa Perancis mengenal-pasti penyerang sebagai Redouane Lakdim, 25 tahun dari bandar Carcassonne.

Dianggarkan sekitar 20 orang dijadikan tebusan dan dikurung di sebuah bilik sejuk beku.

Lakdim yang dilahirkan di Maghribi mempunyai rekod jenayah kecil dan dipantau sekitar 2016 hingga 2017 kerana pembabitannya dengan kumpulan radikal, Salafist.