DUNIA
Tiga maut dalam kejadian gempa di Jawa Timur dan Bali

Gegaran turut dirasai sehingga ke Kepulauan Bali. - Foto Reuters
Tiga dilaporkan terkorban susulan gempa bumi 6.4 magnitud yang melanda Jawa Timur dan Bali awal hari ini.
Menurut laman rasmi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, gegaran di Jawa Timur berlaku di kedalaman 12 kilometer ke timur laut Situbondo dengan gegaran dapat dirasai di Banyuwangi, Bondowoso, Jember, hingga Malang.
Gegaran turut dirasai sehingga ke Kepulauan Bali.
Mangsa dikatakan telah dihimpap rumah yang runtuh ketika mereka sedang tidur.
Di Bali, gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud menggegarkan kawasan perairan kepulauan itu awal pagi ini, lapor pusat pemantau gempa Amerika Syarikat, USGS.
Sehingga kini tiada kemusnahan teruk atau kejadian tsunami dilaporkan meskipun gegaran menyebabkan sedikit suasana panik dalam kalangan penduduk.
Indonesia baru-baru ini dilanda gempa dengan kekuatan 7.5 magnitud bersama kejadian tsunami di Sulawesi, yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami