Polis memberkas seorang lelaki bersenjata yang menerpa masuk ke sebuah klinik keluarga dan keibubapaan, Planned Parenthood di Colorado Springs di sini Jumaat selepas dia didakwa melepaskan tembakan menggunakan rifel dalam satu serangan yang mengakibatkan tiga terbunuh dan sembilan cedera, menurut pihak penguatkuasa.
Seorang pegawai polis dan dua orang awam antara yang terkorban, kata Ketua Polis Colorado Springs Peter Carney kepada pemberita lebih kurang sejam selepas suspek ditangkap.
Sembilan individu yang tercedera termasuk lima orang pegawai polis dan empat orang awam – dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang dirawat di hospital berdekatan,” kata Carney.
Suspek pada mulanya melepaskan tembakan secara bertalu-talu kepada pihak polis namun akhirnya menyerah diri kepada polis yang berada di dalam bangunan itu, kira-kira lima jam selepas insiden tembak-menembak itu bermula, di bandar Colorado yang sedang diliputi salji tebal.
Seorang jurugambar agensi berita Reuters yang berada di lokasi mendakwa ternampak seorang lelaki memakai T-shirt putih dan tangannya digari diiringi masuk ke dalam kereta polis sebelum dipindahkan ke kereta tidak bertanda.
Pihak berkuatkuasa berkata mereka tidak dapat mengenal pasti identiti suspek, namum mereka mempercayai dia bertindak seorang diri.
Anggota polis yang terkorban pernah berkhidmat di University of Colorado di Colorado Spring dan merupakan antara orang pertama yang memberi respon selepas insiden tembak-menembak itu bermula, menurut pihak berkuatkuasa.
Klinik tersebut telah menjadi sasaran protes secara berterusan oleh aktivis anti-pembuangan bayi dan beberapa tahun lalu telah berpindah ke kawasan barat laut bandar itu – ke satu fasiliti yang boleh dianggap sebagai ‘menara’ oleh pengkritik Planned Parenthood.
Badan NGO itu berfungsi menyediakan perkhidmatan servis perubatan pembiakan termasuk untuk pembuangan bayi dan sejak kebelakangan ini telah menerima tekanan dari pihak pembangkang Kongres yang mengecam untuk memotong bantuan dari kerajaan.
Pencarian bahan letupan
Seorang jurucakap polis, Leftenan Catherine Buckley berkata, pihak polis terpaksa menghabiskan beberapa jam hanya untuk berkomunikasi dengan suspek sebelum dia bersetuju untuk menyerah diri.
“Kami mengerahkan beberapa orang anggota polis untuk masuk ke dalam bangunan. Mereka menjerit-jerit memanggil suspek untuk bercakap dengannya dan pada suatu ketika, berjaya mendapatkannya untuk menyerahkan diri sebelum kami memberkasnya,” kata Buckley.
Sejam sebelum itu, polis berkata polis mengambil masa yang lama untuk memasuki bangunan itu kerana suspek telah didakwa membawa ‘beberapa beg’ dengannya ke dalam premis dan meninggalkan beberapa barang di luar. Kesemua barang-barang milik suspek akan diperiksa bagi memastikan tiada bahan letupan.
Selepas penangkapan dilakukan, menurut Buckley penyiasatan akan mengambil masa beberapa hari di kawasan insiden.
Police menyerbu masuk bangunan itu selepas mendapat panggilan kecemasan berhubung insiden tembak-menembak pada kira-kira jam 11.30 pagi (1830 waktu GMT) dan pihak polis akhirnya berjaya berkonfrontasi denga suspek dari luar bangunan.
Saluran berita CNN turut menunjukkan babak-babak cemas yang berlaku terutamanya ketika polis berjaya membawa keluar beberapa pesakit dan pelawat ke luar bangunan.
Agensi
Sat Nov 28 2015
Orang awam yang terselamat diiring keluar dari klinik oleh pihak polis. - Justin Edmonds/Getty Images/AFP
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Liga Hoki Selangor TNB-QNET kembali dipertandingkan tahun ini
Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan anaknya yang berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Suspek tembak Colorado 'tidak mahu ada pengguguran bayi lagi'
Robert Lewis Dear, 57, dikatakan protes perkhidmatan yang disediakan oleh klinik Planned Parenthood itu, termasuk pengguguran bayi.
Tiga maut, sembilan cedera dalam insiden tembak di klinik keluarga Colorado
Polis memberkas seorang lelaki bersenjata yang menerpa masuk ke pusat klinik, Planned Parenthood, Colorado Springs selepas dia didakwa melepaskan tembakan menggunakan rifel dalam satu insiden Jumaat.