awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok akan diharamkan di Amerika Syarikat - Trump

Agensi
Agensi
01/08/2020
05:27 MYT
TikTok akan diharamkan di Amerika Syarikat - Trump
Trump turut menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong sebarang perjanjian antara TikTok dan Microsoft. Gambar fail.
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan pada Jumaat bahawa aplikasi media sosial TikTok bakal diharamkan di negara itu.
Memetik laporan NBC, Trump umum akan mengambil langkah drastik itu ketika menaiki penerbangan Air Force One dalam perjalanan pulang ke Washington dari Florida.
“Berhubung TikTok, kami akan melarangnya di Amerika Syarikat,” kata Trump kepada wartawan.
Pemimpin itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu 'pemisahan' dan memaklumkan bahawa satu perintah akan ditandatangani seawal hari Sabtu waktu tempatan.
Trump turut menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong sebarang perjanjian antara TikTok dan Microsoft.
Sebelum ini, syarikat teknologi gergasi Microsoft dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membeli aplikasi tersebut daripada pemiliknya, ByteDance.
White House dalam masa yang sama menimbulkan kekhuatiran berhubung TikTok dan menuduh aplikasi itu mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan Beijing.
“Kami sedang meneliti TikTok,” kata Trump pada awal Jumaat. “Kami mungkin mengharamkan TikTok. Kami mungkin melakukan perkara lain. Kami mempertimbangkan beberapa alternatif berhubung TikTok.
TikTok masih belum memberi sebarang komen ketika dihubungi beberapa media tempatan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Beijing
#China
#Donald Trump
#Microsoft
#TikTok
#Washington
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan