awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
Pahang kembali dilanda banjir, Johor catat peningkatan mangsa
Rusuhan bersenjata di Mount Austin berpunca daripada tuntutan RM100,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindas Islam di Xinjiang: Amerika senarai hitam 28 syarikat China

Razak Chik
Razak Chik
08/10/2019
13:49 MYT
Tindas Islam di Xinjiang: Amerika senarai hitam 28 syarikat China
Amerika menyifatkan syarikat tersebut sebagai berperanan penting dalam usaha China mewujudkan negara di bawah tekanan polis (Police State) di Xinjiang. - Foto REUTERS
Pentadbiran Donald Trump pada Isnin menambah 28 syarikat China dalam senarai hitam syarikat terlibat dalam penindasan dan pencabulan hak asasi manusia.
Syarikat terbabit terlibat dalam kempen terhadap kaum Uighur dan kaum minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang.
Antara syarikat yang terlibat termasuk Hikvision dan Dahua Technology yang merupakan antara dua nama ternama pembuat peralatan perakam video bagi tujuan intipan dan pengawasan.
Syarikat lain termasuk syarikat pembangun teknologi – 'startup' yang terlibat dalam bidang kepintaran buatan atau Artifcial Intelligence (AI).
Amerika menyifatkan syarikat tersebut sebagai berperanan penting dalam usaha China mewujudkan negara di bawah tekanan polis (Police State) di Xinjiang.
Tindakan Donald Trump ini dikenakan dua hari sebelum pegawai perdagangan China dan Amerika bertemu di Washington untuk mencari jalan penyelesaian berhubung perang perdagangan kedua dua negara yang mempunyai implikasi negatif satu dunia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Artifcial Intelligence
#Dahua Technology
#Donald Trump
#Hikvision
#intipan dan pengawasan
#Police State
#senarai hitam
#tindas Islam di Xinjiang
#Uighur
#Xinjiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan