Tutup

Berita  | Dunia

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Jenazah mangsa diserah kepada keluarga mulai malam ini

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Jenazah mangsa diserah kepada keluarga mulai malam ini
Pihak polis memberi jaminan kepada rakyat New Zealand untuk meneruskan rutin harian pada hari Isnin. - Foto REUTERS.
CHRISTCHURCH: Pesuruhjaya Polis New Zealand Mike Bush mengesahkan bahawa jenazah mangsa serangan masjid di Christchurch akan diserahkan kepada keluarga mulai malam ini waktu tempatan.

“Proses itu dijangka selesai selewat-lewatnya pada Rabu minggu hadapan,” kata Bush di sidang media pada Ahad tengah hari.

Setakat ini, senarai penuh mangsa-mangsa yang maut akibat serangan itu masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Pada Sabtu, hanya senarai sementara diberi kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Turut diumumkan oleh Bush di sidang media itu, pihak polis memberi jaminan kepada rakyat New Zealand untuk meneruskan rutin harian pada hari Isnin.

“Sebanyak 120 anggota polis dikerah ke bandar Christchurch untuk memantau suasana dan menjaga keselamatan orang awam,” kata Bush.
Buat masa ini, angka kematian serangan pengganas tersebut telah meningkat kepada 50 dan 50 lagi mangsa disahkan turut tercedera dalam tragedi tersebut.

Sementara itu, 36 orang masih dirawat di Hospital Christchurch, dua daripada mereka dalam keadaan kritikal.

BACA: Serangan pengganas Christchurch: Angka kematian meningkat kepada 50


Tag: New Zealand, Christchuch, Tragedi solat Jumaat, serangan pengganas, Tragedi Christchurch, Brenton Tarrant, jenazah, Mike Bush, Jacinda Ardern



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.