awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Muhammad Haziq selamat dikebumikan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
20/03/2019
22:04 MYT
Tragedi solat Jumaat Christchurch: Muhammad  Haziq selamat dikebumikan
Mohd Haziq merupakan anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, warga Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. - Foto Astro AWANI
Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurh selepas waktu Zohor (waktu tempatan) pada Khamis.
Muhammad Haziq merupakan antara 50 mangsa yang terkorban selepas tragedi serangan pengganas yang berlaku di Masjid Al-Noor di Deans Ave pada Jumaat lepas.
Bapa kepada arwah, Mohd Tarmizi mengiringi jenazah anak lelakinya, Haziq sewatu pengebumian yang turut disertai ratusan umat Islam dari Malaysia, Afghanistan dan Iran.
Ibu dan kakak arwah Muhammad Haziq dilaporkan telah membuat keputusan untuk tidak berada di tempat pengebumian sebaliknya hanya berada di rumah kerana ingin bersendirian dan memilih untuk menziarahi pusara anaknya kelak.
Suruhanjaya Tinggi New Zealand, meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga arwah mangsa dan tidak bersikap keterlaluan dalam mendapatkan maklumat buat masa ini.
Mohd Haziq merupakan anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor.
Ketika kejadian, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid Al Noor.
Mohd Tarmizi mengalami kecederaan parah akibat terkena tembakan dan telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani pembedahan. Mohd Haris tidak mengalami apa-apa kecederaan namun dilaporkan trauma akibat tragedi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Memorial Park Cemetery Bromley
#Mohd Haziq Mohd Tarmizi
#Mohd Tarmizi Shuib
#Muhammad Tarmizi Mohd Harris
#serangan pengganas Christchurch
#Suruhanjaya Tinggi New Zealand
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan