Tutup

Berita  | Dunia

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Netizen 'serang' senator Australia

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Netizen 'serang' senator Australia
Di Facebook, ratusan komen diterima Anning dan separuh daripadanya adalah daripada rakyat Malaysia. - Facebook
NETIZEN Malaysia membuktikan solidariti dalam segala hal, bukan sahaja tentang isu remeh, malah isu-isu semasa.

Terbaharu, Ahli Parlimen Australia, Fraser Anning, menerima padah apabila memuat naik kenyataan yang berbaur menyalahkan komuniti Islam sebagai punca tragedi berdarah di dua buah masjid di Christchurch.

Di Facebook, ratusan komen diterima Anning dan separuh daripadanya adalah daripada rakyat Malaysia.

Kebanyakannya sudah mula menekan butang report dan meminta yang lain agar melakukan tindakan sama untuk membolehkan Facebook mengambil tindakan ke atas Anning.
Turut memberi reaksi terhadap kenyataan Anning ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

BACA: KJ, Annuar selar kenyataan biadab Senator Australia

Anning memuat naik status ke akaun laman sosial dengan berkata kejadian tembakan itu berpunca daripada dasar migrasi New Zealand.
"Saya menentang apa-apa bentuk keganasan dalam masyarakat kita.

"Bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan adalah ketakutan yang semakin meningkat di dalam komuniti kita, baik di Australia dan New Zealand, dengan peningkatan masyarakat Muslim.

"Seperti biasa, ahli politik sayap kiri dan media akan tergesa-gesa untuk mendakwa bahawa punca tragedi hari ini terletak pada undang-undang senjata atau mereka yang berpandangan nasionalis tetapi itu tidak masuk akal.

"Sebab sebenar pertumpahan darah ini adalah program imigresen yang membolehkan orang Islam datang dan bermaustautin di New Zealand," katanya.




 

Tag: Fraser Anning, New Zealand, Islam, Australia, Parlimen, rakyat Malaysia, keganasan, Imigresen, Khairy Jamaluddin, tembakan, Christchurch


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.