Berita  | Dunia

Tragedi solat Jumaat: Hari paling gelap di New Zealand - PM NZ

Tragedi solat Jumaat: Hari paling gelap di New Zealand - PM NZ
Petugas keselamatan membantu mangsa kejadian tembakan di sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand pada Jumaat. - Gambar AP
PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan insiden tembakan rambang di Christchurch sebagai salah satu hari paling gelap di negara itu.

Menurut Ardern, setakat ini, pihak polis tempatan telah menahan seorang suspek tetapi pihak berkuasa janga terdapat kemungkinan ada lain yang terlibat.

“Terdapat beberapa kawasan yang terkesan daripada insiden tembakan ini dan pihak polis akan memberikan butiran lanjut setelah menyiasatnya.
BACA: Tembakan rambang Christchurch: Dia masuk masjid, tembak jemaah

BACA: Tragedi solat Jumaat: Rakyat Malaysia antara mangsa tembakan masjid di Christchurch

“Saya tidak dapat memberikan sebarang pengesahan berkenaan kematian dan juga kecederaan buat masa ini, tetapi ia adalah hari yang paling gelap di New Zealand.


“Apa yang berlaku di sini adalah keganasan dan kejadian sebegini tidak pernah terjadi sebelum ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan.

Beliau turut menasihati masyarakat tempatan supaya terus mendapatkan kemas kini mengenai insiden tersebut dan juga kekal di rumah.

“Kekal di rumah anda kerana kita berpotensi berhadapan dengan keadaan yang berubah.

“Saya berdoa untuk New Zealand dan mereka yang terjejas serta ahli keluarga mereka,” tambahnya.

Dalam sejarah New Zealand, hanya terdapat sejumlah kecil kes tembakan berlaku di negara ini.