Berita  | Dunia

Tragedi Sri Lanka: Letupan kelapan, anggota polis antara yang terkorban

Tragedi Sri Lanka: Letupan kelapan, anggota polis antara yang terkorban
Beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Colombo pada Ahad, menyebabkan ratusan terbunuh dan lebih 400 cedera. - Foto AP
COLOMBO: Satu lagi letupan dilaporkan berlaku di Sri Lanka berhampiran kompleks perumahan di Dematagoda sebentar tadi, kata polis.

Ia merupakan yang kelapan susulan beberapa siri letupan di tiga gereja dan empat hotel di Colombo pada Ahad, yang setakat ini telah meragut lebih 150 nyawa.

Menurut laporan, tiga anggota polis turut terkorban dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang waktu tempatan itu.

BACA: Sri Lanka isytihar perintah berkurung berkuat kuasa serta-merta
BACA: Tragedi Sri Lanka: Satu lagi letupan berlaku

Terdahulu, beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan empat hotel di Colombo pada Ahad, menyebabkan ratusan terbunuh dan lebih 400 cedera.

Media tempatan melaporkan jumlah kematian mencecah 180 nyawa.

Letupan tersebut berlaku antara jam 8.30 hingga 9 pagi waktu tempatan, ketika penganut Kristian menyambut Hari Easter.

Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.

Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.

Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah terkini mereka yang terlibat.



Tag: letupan gereja di Sri Lanka, sri lanka church explosion, Dematagoda, Colombo, tragedi Sri Lanka


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.