Berita  | Dunia

Tragedi Sri Lanka: Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa setakat ini

Tragedi Sri Lanka: Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa setakat ini
Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian serangan ke atas tiga buah hotel dan tiga gereja di Sri Lanka, ujar Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Tan Yang Thai. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian letupan di tiga buah hotel dan tiga gereja di Sri Lanka, ujar Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Tan Yang Thai.

Perkara itu turut disahkan Kementerian Luar dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Jelas Tan, ketika ini pihaknya masih mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang mungkin terkesan dengan kejadian itu.

Ketika ini, terdapat lebih 100 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan pihak kedutaan di Sri Lanka.
BACA: Tragedi Sri Lanka: 138 maut, Malaysia kemas kini perincian mangsa

"Rakyat Malaysia berdaftar dengan kedutaan ialah antara 100 ke 150 orang. Kita tiada laporan apa-apa terjadi kepada mereka.

"Kita tidak tahu jika ada pelawat yang mungkin duduk dalam hotel berkenaan," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Ahad.


Tiga hotel yang terlibat ialah The Kingsbury Colombo, Shangri-La Hotel Colombo dan Cinnamon Grand Colombo.

"Saya telah hubungi rakyat Malaysia yang bekerja di Hotel Shangri-La, Colombo pagi tadi. Beliau selamat dan melaporkan bahawa beberapa kecederaan berlaku di sana. Saya telah menasihati beliau supaya berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri," ujarnya.

Kejadian yang berlaku semasa sambutan Hari Easter itu disifatkan sebagai sesuatu yang menyedihkan.


"Hari ini adalah Easter Sunday dan menyebabkan ramai penganut Kristian pergi ke gereja. Jadi ini adalah kejadian yang amat malang dan ramai mereka yang cedera dan ada kematian," kata beliau.

Setakat ini katanya, tiada pihak yang tampil mengaku melakukan serangan.

Pihaknya juga akan mengeluarkan kenyataan media jika ada perkembangan terbaharu mengenai serangan berkenaan. 



Tag: Sri Lanka, rakyat Malaysia, Malaysia, Tragedi Sri Lanka, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Tan Yang Thai, letupan hotel dan gereja, The Kingsbury Colombo, Shangri-La Hotel Colombo, Cinnamon Grand Colombo, sambutan Hari Easter


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.