SEORANG lelaki meninggal dunia selepas rokok elektronik atau vape yang dihisapnya di dalam kereta meletup secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu di Texas, Amerika Syarikat itu telah menyebabkan beberapa serpihan yang mencederakan bahagian bibir dan leher William Brown, 25.

Brown dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia dua hari kemudian, memetik laporan The Washington Post.

Pihak hospital mengesahkan punca kematian adalah akibat serpihan letupan yang telah mencederakan organ dalaman leher mangsa.

Brown dilaporkan meninggal dunia dua hari selepas itu akibat trauma serpihan yang melukakan organ dalaman bahagian leher mangsa. Foto: The Washington Post

Ahli keluarga Brown turut berkongsi keadaan di dalam kereta mangsa susulan letupan vape berkenaan.

Neneknya, Alice Brown menggambarkan keadaan selepas letupan seperti ada orang yang menembak cucunya. - Foto: The Washington Post

Setakat ini belum diketahui jenis peranti vape yang digunakan Brown sehingga menyebabkan letupan tersebut.

Bagaimanapun, Pasukan Bomba AS percaya letupan itu berlaku akibat bateri yang ada pada vape berkenaan.

Menurut kajian yang diterbitkan Tobbaco Control, terdapat lebih 2,000 kes letupan vape yang menyebabkan kecederaan serius di Amerika Syarikat dari tahun 2015 hingga 2017.