awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump arah pecat golongan transgender dalam ketenteraan AS

Agensi
Agensi
07/03/2019
09:10 MYT
Trump arah pecat golongan transgender dalam ketenteraan AS
Trump mahu Setiausaha Pertahanan Jim Mattis mempertimbangkan sama ada gologan tersebut boleh dihantar bertugas ke mana-mana tempat termasuk zon perang sebelum memecat mereka.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi masa enam bulan buat Pentagon untuk memecat golongan-golongan transgender yang berkhidmat dalam ketenteraan negara itu.
Trump juga sememangnya terkenal dengan kelantangannya mengenai isu anti-LGBTQ.
Menurut Agensi, Trump mengeluarkan kenyataan tersebut di Twitter sebulan selepas beliau mengumumkan pengharaman golongan tersebut dalam ketenteraan.
Melalui memo yang diutarakan, Trump mahu Setiausaha Pertahanan Jim Mattis mempertimbangkan sama ada golongan tersebut boleh dihantar bertugas ke mana-mana tempat termasuk zon perang sebelum memecat mereka.
Sekiranya mereka tidak berupaya berkhidmat terutamanya ke zon perang, menjalani latihan dan bertugas di kapal berbulan-bulan, maka anggota tersebut haruslah menamatkan perkhidmatan mereka, lapor Wall Street Journal.
Kenyataan Trump jelas sekali menimbulkan kritikan dalam kalangan kumpulan yang mewakili golongan LGBTQ yang menegaskan mereka layak berkhidmat dan melaksanakan tugas seperti orang lain di mana-mana sahaja.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#presiden
#Twitter
#Wall Street Journal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan