awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri kata dua kepada Palestin

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2018
21:50 MYT
Trump beri kata dua kepada Palestin
Donald Trump berjabat tangan dengan Benjamin Netanyahu pada pertemuan mereka ketika berlangsungnya mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, 25 Jan, 2018. REUTERS
Presiden Donald Trump pada Khamis mengulangi ancaman mahu menghentikan bantuan kepada Palestin sekiranya mereka tidak mahu mengambil bahagian dalam rundingan damai.
Trump menuduh Palestin tidak menghormati Amerika Syarikat (AS), dan atas alasan itu, soalnya, mengapa negara Uncle Sam itu perlu berbuat baik kepada mereka.
Bercakap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Trump memaklumkan, AS membantu Palestin dengan ratusan juta dolar dan pelbagai bentuk bantuan setiap tahun.
Namun, beliau kecewa apabila pentadbiran Palestin tidak mengalu-alukan kehadiran Naib Presidennya di Baitulmaqdis dan enggan mengadakan pertemuan dengan Mike Pence.
"Wang bantuan sudah tersedia, namun ia tidak akan sampai kepada mereka (Palestin) sekiranya mereka enggan duduk di meja rundingan dan mula berbincang mengenai pelan damai," kata Trump pada sidang media selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Keengganan Palestin berunding adalah berpunca daripada tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel Disember lalu.
Tindakan itu, tegas pentadbiran Palestin, menyebabkan mereka tidak lagi boleh menerima AS sebagai pengantara rundingan damai Asia Barat.
AS awal bulan ini mengumumkan menyekat peruntukan bernilai AS$65 juta kepada agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menguruskan bantuan kepada pelarian Palestin.
Pada 2016, Palestin menerima bantuan bernilai AS$260 juta daripada AS.
Israel bagaimanapun menerima peruntukan bantuan lebih tinggi dengan AS$3 bilion, yang mana ia melibatkan bantuan pertahanan tahunan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
#Israel
#Palestin
#PBB
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan