Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Trump cadang rakyat Amerika pakai topeng muka

Trump cadang rakyat Amerika pakai topeng muka
Trump bagaimanapun, berkata, beliau sendiri tidak akan memakai penutup muka. - Gambar fail REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggalakkan warganya untuk pakai topeng muka di tempat awam bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, menurut Trump, itu hanya sekadar cadangan dan beliau sendiri tidak akan memakai penutup muka tersebut.

AS sebelum ini mencadangkan agar rakyatnya menutup muka dengan apa sahaja termasuk t-shirt dan sapu tangan.

Tambah Trump, topeng muka gred perubatan harus dikhaskan untuk pekerja perubatan yang merawat pesakit.
Perubahan polisi ini adalah selepas laporan kajian yang menyatakan ada individu yang positif COVID-19, namun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Jumaat, perubahan itu juga dibuat kerana topeng muka dipercayai dapat mengelakkan individu positif daripada menjangkiti orang lain.
Namun, Ketua Bedah AS, Jerome Adams turut menegaskan, topeng muka bukan menjadi pengganti kepada penjarakan sosial.

Trump dalam masa yang sama mengarahkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menghalang eksport topeng muka N95.


Tag: Donald Trump, Amerika Syarikat, koronavirus, COVID-19, coronavirus, topeng muka, CDC



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.