awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump cuba henti pelancaran buku kontroversi 'Fire and Fury: Inside the Trump White House'

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2018
21:17 MYT
Trump cuba henti pelancaran buku kontroversi 'Fire and Fury: Inside the Trump White House'
Donald Trump (kiri) dan Steve Bannon pada satu majlis di White House, Washington, Amerika Syarikat, 22 Jan, 2017. REUTERS / Fail
Barisan peguam Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis cuba menghentikan pelancaran buku yang dikatakan mempunyai dakwaan buruk berhubung pentadbirannya.
"Fire and Fury: Inside the Trump White House", tulisan Michael Wolff, dijadual dilancarkan pada Selasa.
Kandungan buku
Kandungan buku
Kandungan buku berkenaan ditulis dengan memetik kenyataan bekas pembantu kanan Trump, Steve Bannon.
Antaranya, isu campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden pada November 2016, kelayakan Trump sebagai presiden, dakwaan isteri Trump menangis pada malam pilihan raya, serta cita-cita anak perempuan Trump, Ivanka mahu bertanding sebagai presiden.
Buku
Buku
White House sebelum ini mengeluarkan kenyataan mempertikaikan fakta dalam buku berkenaan.
Sementara Trump pula mendakwa Bannon, yang dipecat Ogos tahun lalu, tidak waras selepas hilang jawatannya dalam White House.
Kandungan buku yang bakal mencetus kontroversi adalah dakwaan pertemuan antara pengurus kempen Trump dengan pegawai kanan Rusia di Menara Trump.
Mesyuarat yang turut melibatkan anak sulung Trump, Donald Trump Jr, kini disiasat peguam khas, Robert Mueller berhubung dakwaan campur tangan Rusia untuk membolehkan taikun hartanah itu menang pilihan raya.
Trump bagaimanapun menafikan semua dakwaan dalam buku berkenaan.
Topic Berkaitan
#2016
#Buku
#Donald Trump
#pilihan raya
#presiden
#Rusia
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan