NETIZEN mempersendakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di media sosial selepas beliau memuat naik status di akaun Twitternya yang mendakwa beliau adalah paling genius dan sangat bijak.

Ini menjadikan hashtag #StableGenius antara yang paling trending di Twitter dengan pelbagai 'meme' dan 'GIF' yang membanjiri platform media sosial.

Ini antara reaksi yang menarik perhatian kami:




Terdahulu, Presiden Donald Trump tolak keraguan umum berhubung kesihatan mentalnya, seperti yang dibangkitkan dalam buku "Fire and Fury: Inside the Trump White House".

Sebaliknya, Trump menyifatkan buku tersebut satu rekaan dan penulisnya, Michael Wolff sebagai penipu.

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Trump, termasuk siri muat naik status di akaun Twitternya.

Antara lain, Trump mendakwa beliau adalah paling genius dan sangat bijak.

Kandungan buku Wolff, yang dihasilkan berdasarkan petikan dari bekas pembantu kanan White House, Steve Bannon, menggambarkan Trump sebagai individu dengan masalah mental.

Buku itu juga mendakwa sehahagian besar penasihat kanan White House, mempersoalkan kemampuan Trump mentadbir Amerika Syarikat.

Trump juga menafikan dakwaan Wolff wujud sesi rakaman temuramah selama tiga jam.

"Tiada temuramah diadakan, ia hanya dalam imaginasi penulis," kata Trump.