Tutup

Berita  | Dunia

Trump tersilap fakta tentang bulan dan Marikh?

Trump tersilap fakta tentang bulan dan Marikh?
Program ke bulan sudah lapuk dan telah dicapai 50 tahun lepas dan program yang harus menjadi fokus NASA seharusnya dalam bidang pertahanan dan sains. Foto: Twitter Donald Trump
KUALA LUMPUR: Adakah Presiden Amerika Syarikat ini berseloroh? Atau adakah beliau sememangnya tidak arif tentang sains?

Dalam kemas kini terkini laman Twitternya, Presiden Donald Trump mendakwa bulan adalah sebahagian daripada sistem planet Marikh.
Kemas kini berkenaan dibuat susulan keputusan agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) yang mengumumkan keputusan untuk membuka peluang kepada orang pensendirian dan syarikat swasta untuk menjadi angkasawan dengan kos pergi balik AS$58 juta, pergi dan balik bagi setiap seorang. 
Tambah Trump, program ke bulan sudah lapuk dan telah dicapai 50 tahun lepas dan program yang harus menjadi fokus NASA kini seharusnya tertumpu dalam bidang pertahanan dan sains. 

Menurut NASA, hasil daripada program angkasawan persendirian itu akan digunakan untuk menghantar angkawasan wanita pertama ke bulan pada 2024.
Dan kemas kini tersebut pantas  mendapat kritikan daripada pelbagai individu di Twitter. 



Dan ini pula, kemaskini Twitter dari pemimpin NASA sendiri yang menjelaskan bahawa NASA akan gunakan bulan sebagai pengkalan untuk menghantar angkasawan ke Marikh.

Ada juga individu yang mencari kembali kemas kini Twitter Trump yang dibuat pada Mei lepas yang inginkan Amerika Syarikat kembali menghantar angkasawan ke bulan.


Jadi, adakah kemas kini Trump ini telah disalah erti atau sememangnya beliau mengetahui apa yang ramai tidak tahu?


Tag: Donald Trump, NASA, Amerika Syarikat, bulan, Marikh, Twitter Donald Trump



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.