awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsunami Selat Sunda: Jumlah korban meningkat lebih 160

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2018
07:36 MYT
Tsunami Selat Sunda: Jumlah korban meningkat lebih 160
Sekurang-kurangnya 168 orang maut, 745 cedera dan 30 mangsa masih hilang dalam kejadian tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia malam Sabtu. - Astro AWANI
SEKURANG-KURANGNYA 168 orang maut, 745 cedera dan 30 mangsa masih hilang dalam kejadian tsunami yang melanda Anyer, Banten di Indonesia malam Sabtu.
Menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, di Pantai Kalianda di Selatan Lampung, terkini 35 lagi mayat telah ditemui dan 115 mangsa dilaporkan cedera.
Puluhan bangunan juga dilaporkan musnah.
Kawasan paling terjejas ialah Pandeglang di Banten, yang meliputi Taman Negara Ujung Kulon dan banyak pantai-pantai peranginan popular.
Gelombang tinggi dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar pukul 9.30 malam pada Sabtu.
Kata Sutopo, jumlah korban dan mangsa yang cedera akan terus bertambah apabila semua maklumat diterima.
Topic Berkaitan
#Banten
#cedera
#hilang
#Indonesia
#korban
#mangsa
#mayat
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan