Berita  | Dunia

Tubuh remaja cantik berkecai digilis ketika swafoto

Tubuh remaja cantik berkecai digilis ketika swafoto
Tubuh Karina Baymukhambetova berkecai' apabila dia dilanggar oleh kereta api barang yang bergerak laju.
ORSK: Seorang gadis berusia 15 tahun dilapor maut ketika berswafoto berhampiran landasan kereta api.

Dalam kejadian di bandar Orsk, Rusia, tubuh Karina Baymukhambetova, 15, 'berkecai' apabila dia dilanggar oleh kereta api barang yang bergerak laju.

Seorang budak lelaki yang dipercayai saudara mangsa, sempat melompat menjauhi landasan dan terselamat daripada dilanggar.
BACA: Gara-gara 'selfie' ekstrem, pasangan kekasih maut

BACA: Jangan 'ber-selfie' sangat, anda mungkin sakit mental

Menurut laporan media tempatan, pemandu kereta api terbabit menekan brek setelah melihat terdapat orang di atas landasan, namun kereta api yang meluncur laju gagal berhenti tepat pada masa lalu melanggar mangsa.

Dipercayai sebelum kejadian, budak lelaki itu telah menasihati saudaranya tentang bahaya berada di landasan kereta api namun tidak diendahkan Baymukhambetova.

Susulan insiden ngeri itu, Inspektor Kanan Pengankutan Denis Khnykin, memberi nasihat kepada orang ramai terutama ibu bapa agar mengawasi anak masing-masing dan sentiasa mematuhi peraturan serta menghindari tempat-tempat berbahaya. - DAILYMAIL


Tag: berswafoto, maut dilanggar kereta api, mangsa, Rusia, maut, Selfie


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.