awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 Jun pendengaran rayuan terhadap keputusan bebas Yusoff Rawther
Bekas Presiden Korea Selatan dipenjara 5 tahun
SPRM cadang moratorium enam bulan terhadap import sisa plastik, e-sisa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M ulangi janji lepaskan jawatan Perdana Menteri selepas masalah negara diselesaikan

Fareez Azman
Fareez Azman
14/12/2019
11:31 MYT
Tun M ulangi janji lepaskan jawatan Perdana Menteri selepas masalah negara diselesaikan
Dr Mahathir menjawab soalan yang ditanya wartawan Al-Jazeera, Jamal Elshayyal dalam sesi soal jawab di Forum Doha pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
Siapa bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia terus mendapat perhatian.
Bukan sahaja media tempatan, malah media antarbangsa turut melontarkan pertanyaan yang sama kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam Forum Doha di Qatar pada Sabtu, wartawan Al-Jazeera, Jamal Elshayyal tidak ketinggalan bertanyakan soalan yang sama kepada Dr Mahathir bilakah peralihan kuasa akan dilaksanakan di Malaysia.
Menurut Dr Mahathir, beliau telah berjanji bahawa perkara itu akan berlaku apabila tiba masanya.
"Saya sudah berjanji untuk melepaskan jawatan apabila saya berjaya menyelesaikan beberapa isu besar yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. Saya berjanji ia akan berlaku dan memberi laluan kepada calon yang telah dinamakan oleh gabungan kerajaan," kata Dr Mahathir.
Kata Perdana Menteri, perkara pokok yang perlu dilaksanakan ketika ini adalah memastikan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk menjadi negara maju menjelang 2030.
"Kami mempunyai visi untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020, tetapi malang sekali selepas saya melepaskan jawatan, pemimpin yang mengambil polisi serta cara berbeza mengakibatkan sasaran itu tidak dapat dicapai.
"Tetapi kami akan mencuba dan memberi masa pada tahun 2025 hingga 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan cara baharu serta menyelesaikan isu ekonomi yang memanfaatkan semua rakyat," kata Dr Mahathir lagi.
Topic Berkaitan
#calon
#Forum Doha
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Media
#peralihan kuasa
#Perdana Menteri
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan