Hatice Cengiz, tunang kepada wartawan terkenal, Jamal Khashoggi telah diberi perlindungan polis selepas siasatan ke atas kematiannya kini sedang giat dijalankan.

Semalam, pejabat gabenor Istanbul meluluskan perlindungan ke atas pelajar kedoktoran itu di bandar tersebut.

Laporan itu bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa Cengiz diberi perlindungan polis.

Khashoggi dilaporkan hilang pada 2 Oktober lalu selepas beliau memasuki Konsulat Saudi di Istanbul untuk menguruskan dokumen perkahwinan.

Menurut Cengiz, dia terpaksa menunggu Khashoggi selama lebih 10 jam sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa. - Fox News