Pengguna media sosial di Jepun 'jatuh cinta' dengan seekor tupai di sebuah taman haiwan kerana mempunyai 'aset yang besar'.

Seorang pengguna Twitter berkongsi gambar haiwan terbabit dan menganggap ia 'sangat seksi'.

Jenaka itu diterima ramai dan foto tersebut telah dikongsi lebih 45,000 pengguna.

Tupai dengan 'payu dara besar' itu boleh ditemui di sebuah zoo di Taman Inokashira di Tokyo.

Ada sebahagian daripada pengguna menganggap ia sebagai Clarice dalam dunia sebenar yang merupakan watak tupai betina yang menjadi kegilaan dalam filem Chip and Dale.

Difahamkan, tupai tersebut merupakan maskot zoo berkenaan. - Daily Mail