awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kabinet puas hati penjelasan Menteri Pertahanan mengenai isu Angkatan Tentera Malaysia
Kematian dalam tahanan ICE cecah rekod tertinggi dalam tempoh 20 tahun pada 2025
Monsun Timur Laut: JBPM rekod lebih 10,000 operasi pemantauan dan tindak balas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turki, Pakistan dan Malaysia bakal lancar saluran TV Islam - Imran Khan

Razak Chik
Razak Chik
26/09/2019
04:30 MYT
Turki, Pakistan dan Malaysia bakal lancar saluran TV Islam - Imran Khan
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bersama rakan sejawatannya dari Pakistan Imran Khan ketika mengadakan perbincangan dua hala di New York pada Rabu. - Foto Bernama

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengumumkan pelan tiga negara Islam mewujudkan sebuah saluran televisyen berbahasa Inggeris khusus bagi mengetengahkan imej positif tentang Islam.

Saluran itu mampu memaparkan pelbagai rancangan bertujuan memperbetul berita dan maklumat palsu yang memburuk-burukkan agama.

Pengumuman dibuat Imran Khan setelah bertemu Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berserta Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara sampingan sempena sesi ke-74 UNGA di New York pada Rabu.

“Presiden Erdogan, Perdana Menteri Mahathir dan saya bersetuju negara kami akan bersama-sama memulakan satu saluran khusus menangani isu Islamofobia dan memberikan gambaran benar tentang agama agung kita – Islam,” melalui satu paparan di laman twitternya (@ImranKhanPTI).

President Erdogan, PM Mahatir and myself had a meeting today in which we decided our 3 countries would jointly start an English language channel dedicated to confronting the challenges posed by Islamophobia and setting the record straight on our great religion - Islam.
— Imran Khan (@ImranKhanPTI) September 25, 2019

Perdana Menteri Pakistan itu menambah, satu usaha bersama wajar digerak untuk menghasilkan samaada filem atau drama bersiri bagi tujuan memperluas pendidikan, menyebar pelajaran dan mewujud pencerahan tentang sejarah sebenar Islam.

Ini juga termasuk menggembeleng tenaga, menambah usaha dan mempertingkatkan kebergantungan dari segi kemahiran, pengetahuan dan kepakaran dalam membentuk naratif yang positif tentang Islam.

Topic Berkaitan
#Imran Khan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#New York
#Pakistan
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Turki
#Recep Tayyip Erdogan
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan