awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkmenistan larang warga pakai topeng muka, sebut COVID-19

Agensi
Agensi
31/03/2020
23:00 MYT
Turkmenistan larang warga pakai topeng muka, sebut COVID-19
Polis Turkmenistan juga menahan rakyat yang membincangkan wabak COVID-19 yang telah melanda dunia. - Gambar fail
Kerajaan Turkmenistan dilapor melarang perkataan COVID-19 daripada digunakan media tempatan atau risalah maklumat kesihatan dan menafikan penyakit itu wujud di negara mereka.
Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan kementerian kesihatan negara itu juga telah memadamkan sebarang kaitan mengenai COVID-19.
Polis juga menahan rakyat yang berbincang tentang wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia, lapor The Independent.
Stesen radio Azatlyk melaporkan terdapat ejen khas berpakaian biasa yang akan mengenal pasti mana-mana orang awam yang ingkar.
Walaupun dilanda sindrom penafian, kerajaan itu telah melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menghentikan penyebaran COVID-19, termasuk pemeriksaan suhu di stesen dan pemberian tisu basah di kawasan sesak.
Pergerakan warganegara di dalam negara, terutamanya dari kawasan di luar ibu negara, juga terhad.
Topic Berkaitan
#Azatlyk
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#koronavirus
#polis
#rakyat
#Turkmenistan
#Turkmenistan Chronicle
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan