awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE benar warga asing bawa bersama ahli keluarga

Bernama
Bernama
15/07/2019
10:00 MYT
UAE benar warga asing bawa bersama ahli keluarga
Resolusi kabinet itu membolehkan warga asing membawa ahli keluarga tinggal bersama di UAE, selagi jumlah pendapatan keluarga AED3,000 sebulan dan majikan menyediakan tempat tinggal atau menerima elaun perumahan sebanyak AED4,000.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan membenarkan warga asing yang menetap di negara ini membawa bersama ahli keluarga mereka, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM) memetik Pihak Berkuasa Persekutuan bagi Kewarganegaraan dan Identiti (ICA).
Resolusi kabinet yang diumumkan pada Isnin itu, membolehkan warga asing membawa ahli keluarga (isteri atau suami, anak lelaki di bawah umur 18 tahun dan anak perempuan belum berkahwin) tinggal bersama di UAE, selagi jumlah pendapatan keluarga AED3,000 (kira-kira US$816) sebulan dan majikan menyediakan tempat tinggal atau menerima elaun perumahan sebanyak AED4,000 (US$ 1,089).
Setiap penaja kepada ahli keluarga perlu menyediakan bukti tempat tinggal dan insurans kesihatan yang sesuai. Setiap ahli keluarga mesti memohon pengenalan diri.
Ketua Pengarah Hal Ehwal Asing dan Pelabuhan di ICA Saeed Al Rashidi berkata resolusi itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja asing di UAE dan Kabinet turut mengeluarkan arahan mengkaji kesan pelaksanaan langkah berkenaan.
Setiap permohonan perlu mengemukakan sijil perkahwinan yang disahkan dan sijil kelahiran anak diterjemahkan ke dalam bahasa Arab serta bukti pendapatan bulanan.
Sementara itu, isteri yang berhasrat membawa anak-anak pula mesti melampirkan perjanjian bertulis yang sah daripada suaminya.
Al Rashidi berkata warga asing terdiri ibu tunggal pula mesti mengemukakan sijil perceraian atau kematian untuk membuktikan hak penjagaan.
Di bawah resolusi itu setiap keluarga perlu mengisytiharkan seorang penaja sama ada suami atau isteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emiriah Arab Bersatu
#ibu tunggal
#jaga kebajikan
#kabinet
#keluarga
#pekerja asing
#penaja
#resolusi kabinet
#Saeed Al Rashidi
#sijil perkahwinan
#UAE
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan