Tutup

Berita  | Dunia

UAE muncul negara terbaharu kesan kes koronavirus

UAE muncul negara terbaharu kesan kes koronavirus
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Komuniti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengesahkan satu kes jangkitan koronavirus telah dikesan di negara itu.
DUBAI: Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Komuniti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengesahkan satu kes jangkitan koronavirus telah dikesan di negara itu.

Kementerian itu juga mengesahkan virus terbabit dikesan menjangkiti sebuah keluarga yang berasal dari Wuhan, China.

Tanpa memberikan maklumat lanjut, kementerian itu memaklumkan pesakit yang dijangkiti kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemerhatian rapi hospital.

"Pusat penyiasatan epidemiologi di UAE bekerja sepanjang masa bagi melaporkan sebarang kes jangkitan dengan kadar segera.
"Dalam masa sama, kementerian sentiasa memantau rapat situasi semasa bagi menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai," menurut kenyataan itu lagi.

Koronavirus sehingga kini telah meragut 132 nyawa dan menjangkiti lebih 6,000 individu di seluruh dunia.
Kementerian itu juga memaklumkan pusat siasatan wabak negara itu juga sedang bekerja sepanjang masa untuk mengesan dan melaporkan sebarang jangkitan terbaharu wabak itu.

[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!


Tag: Kementerian Kesihatan, UAE, China, Hospital, kesihatan, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.