awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya
Indonesia perketat pemeriksaan haiwan bagi cegah kemasukan virus PPR
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCM AS cabuli undang-undang antarabangsa

Bernama
Bernama
29/02/2020
02:58 MYT
UCM AS cabuli undang-undang antarabangsa
Donald Trump dan pemimpin pembangkang Venezuela Juan Guaido di White House, Washington, AS, 5 Feb, 2020. REUTERS/Fail
Langkah paksaan sepihak (UCM) yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan semata-mata bertujuan menggugat ekonomi dan kehidupan rakyat.
Kuasa Usaha Kedutaan Venezuela ke Malaysia, Morella Barreto López berkata langkah itu juga mencabuli Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip-prinsip hubungan antara negara.
"Objektif UCM adalah untuk menekan dan memaksa kerajaan Venezuela dan memutarbelitkan kehendak rakyat.
"UCM adalah langkah dan bukan sekatan kerana tiada sebuah negara pun mempunyai kekuatan fizikal untuk mengenakan sekatan ke atas pihak lain. Ia adalah ciptaan Amerika atas dakwaan mereka memiliki kuasa impirial (penjajahan)," katanya pada temu bual eksklusif bersama Bernama pada Isnin lalu.
Dalam sepucuk surat kepada Kongres AS Presiden Donald Trump mengatakan beliau mengenakan UCM kononnya "akibat perebutan kuasa oleh Presiden Venezuela Nicolás Maduro dan pihak yang bersepakat dengannya, pelanggaran hak asasi manusia, sewenang-wenangnya menangkap dan menahan rakyat Venezuela".
Venezuela akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan AS di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana mengenakan UCM, yang disifatkan Caracas sebagai "jenayah kemanusiaan."
Barreto berkata Venezuela kehilangan lebih US$120 bilion dolar sejak 2014 kerana lebih 300 UCM dikenakan AS.
"UCM menyebabkan hasil minyak Venezuela turun mendadak sebanyak 90 peratus kira-kira US $42 bilion dolar pada 2013 kepada US$4 bilion dolar pada 2018," katanya.
Barreto berkata rakyat Venezuela terpaksa menanggung akibat daripada UCM ini, dengan 73 peratus belanjawan awam terpaksa diperuntukkan untuk memenuhi tuntutan sosial negara itu.
"Venezuela yakin... UCM merupakan 'senjata pemusnah besar-besaran terhadap rakyat," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#cabul
#Donald Trump
#ekonomi
#ICC
#minyak
#Morella Barreto Lopez
#paksaan sepihak
#UCM
#undang-undang
#undang-undang antarabangsa
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan