PERDANA Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson mengumumkan pada Isnin, kebanyakan kedai di negara itu akan dibenarkan kembali beroperasi mulai Jun ini.

Ini termasuk pasar terbuka dan pusat jualan kereta, yang dibuka semula bermula 1 Jun.

Sementara itu, perniagaan lain yang diklasifikasikan sebagai terlindung dari COVID-19 boleh dibuka bermula 15 Jun.

Ini adalah sebahagian daripada fasa kedua dilaksanakan UK dalam usaha membuka kembali ekonominya.

Sebelum ini, UK turut mengumumkan sekolah akan dibuka semula pada awal dan pertengahan Jun.