Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

UK dilitupi salji tebal

UK dilitupi salji tebal
Keadaan dijangka akan bertambah buruk pada waktu malam dengan amaran kuning dikeluarkan di selatan England, Wales, Ireland Utara dan Scotland (foto: AP Wire)
UNITED KINGDOM: Salji tebal melanda selatan dan utara United Kingdom, mengakibatkan gangguan kepada perjalanan udara dan darat.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Brecon, Wales dengan salji direkodkan setinggi 30cm.

Salji tebal landa daerah Shropshire

Keadaan dijangka akan bertambah buruk pada waktu malam dengan amaran kuning dikeluarkan di selatan England, Wales, Ireland Utara dan Scotland.
Menurut laporan BBC, beratus sekolah akan ditutup di sekitar England dan Wales.

Salji tebal akibatkan sekolah ditutup di UK (foto: AP Wires)
Penerbangan di lapangan terbang utama termasuk Heathrow dilaporkan mengalamai kelewatan dengan pesawat terpaksa dinyahais.