Tutup

Berita  | Dunia

Ular gergasi dijumpai rentung dalam kebakaran hutan Indonesia

Ular gergasi dijumpai rentung dalam kebakaran hutan Indonesia
Bangkai ular gergasi yang ditemukan penduduk. -Foto CAN Borneo
JAKARTA: Kebakaran hutan di Indonesia bukan sahaja menyebabkan bahana kepada manusia, malah haiwan juga turut menerima tempias.

Dalam satu kejadian yang viral baru-baru ini, dunia gempar dengan penemuan bangkai seekor ular gergasi oleh penduduk setempat di Kalimantan Tengah selepas selesai memadam kebakaran hutan.

Reptilia sepanjang 10 meter dengan diameter 20 sentimeter itu dipercayai terbakar hidup-hidup setelah terperangkap di dalam hutan yang musnah dijilat api.

 

Bangkai ular mirip anaconda yang rentung itu difahamkan daripada spesies ular sawa, lapor Mothership.
Laporan itu turut menyebut bahawa spesies ular yang jarang ditemui itu mampu menelan seekor kambing dan lembu.