awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Upacara angkat sumpah Trump dicemari protes

Agensi
Agensi
21/01/2017
01:53 MYT
Upacara angkat sumpah Trump dicemari protes
Para pegawai polis menghalau penunjuk perasaan dari sebuah kereta yang telah dibakar semasa protes berhampiran pertabalam Presiden AS, Donald Trump di Washington, DC pada 20 Jan, 2017. - Foto REUTERS
Upacara angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Jan dicemari dengan protes yang berlaku di Washington D.C.
Media tempatan turut melaporkan seramai enam anggota polis telah cedera, sementara 217 penunjuk perasaan ditahan.
Situasi bertukar kecoh apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan.
Polis bertindak menggunakan semburan pedih untuk meleraikan penunjuk perasaan.
Beberapa penunjuk perasaan juga bertindak melempar bahan letupan terhadap pasukan keselamatan.
Sementara itu, sebuah kenderaan jenis limosin turut dibakar oleh golongan anti-Trump.
Trump, yang merupakan calon dari Republikan ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington D.C.
BACA: Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-45
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).
Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Donald Trump
#presiden as
#Washington DC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan