USMAN Khan, 28 tahun, dinamakan sebagai suspek dalang di sebalik serangan tikaman di London Bridge pada Jumaat, yang meragut dua nyawa, menurut kenyataan terbaharu oleh pihak polis.
Asisten Komisioner Polis Metropolitan Neil Basu pada jam 12.30 malam waktu tempatan mengumumkan, siasatan kini sedang dijalankan di satu lokasi terletak di Staffordshire.
“Suspek dikenali oleh pihak berkuasa dan pernah dijatuhkan hukuman pada 2012 untuk kesalahan berkaitan keganasan,” kata Neil.
“Dia dibebaskan dari penjara pada Disember 2018 dengan bersyarat (released on licence). Jelasnya, objektif utama siasatan adalah untuk menentukan bagaimana dia boleh menjalankan serangan ini.”
Akhbar The Times of London melaporkan, suspek, yang telah ditembak mati polis, pernah terlibat dalam insiden menikam beberapa orang di persidangan kriminologi di London.
Serangan di London Bridge yang menyaksikan tiga maut termasuk suspek, digambarkan oleh pihak polis bermotifkan keganasan.
“Saya amat berduka cita dan marah kerana bandar kita sekali lagi menjadi sasaran terorisme,” umum Komisioner Polis Metropolitan London, Cressida Dick.
BACA: Serangan di London Bridge: Tiga maut termasuk suspek
Selain suspek, dua orang awam maut dipercayai akibat ditikam suspek manakala tiga yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.
Menurut Cressida, serangan itu bermula di Fishmonger’s Hall di bandar raya London.
Susulan itu, polis dihubungi pada 1.58 petang waktu tempatan dan berjaya menangani suspek hanya 5 minit kemudian pada 2.03 petang.
“Kami melihat kes ini sebagai satu insiden keganasan. Memerangi keganasan itu memerlukan usaha dan keazaman daripada semua pihak,” kata beliau.
Tambahnya, “Ideologi keganasan itu tidak menawarkan apa-apa selain kebencian dan saya menggesa agar semua orang menolaknya.”
Siasatan ke atas insiden di London Bridge mendapati bahawa suspek turut memakai vest bersertakan alat letupan yang disahkan palsu.
Sebelum ini, alat letupan palsu turut pernah digunakan dalam serangan berkaitan dengan kumpulan pengganas Daish, termasuk di London Bridge dan Barcelona, Sepanyol pada 2017 serta beberapa insiden lain di Perancis.
Menurut pakar, memakai ‘vest bunuh diri’ palsu merupakan cara untuk pengganas memastikan mereka dibunuh oleh polis, tanpa perlu meletupkan diri.
Ia sekaligus memastikan mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kepada pihak polis.
Pada Jun 2017, jambatan tersebut pernah menyaksikan insiden tembakan oleh tiga ahli kumpulan pengganas di dalam sebuah van dan melepaskan tembakan rambang terhadap orang ramai sehingga meragut lapan nyawa.
Awal tahun ini, Britain menurunkan tahap ancaman keganasan nasionalnya kepada "kukuh" daripada "teruk" iaitu tahap paling rendah sejak 2014.
Nailah Huda
Sat Nov 30 2019
Neil Basu bercakap pada sidang media menamakan Usman Khan sebagai suspek di sebalik serangan di London Bridge pada Jumaat. Foto Polis Metropolitan UK
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Usman Khan dinamakan suspek serangan di London Bridge
Suspek pernah dijatuhkan hukuman pada 2012 atas kesalahan keganasan, namun dibebaskan dari penjara pada Disember 2018.
Serangan di London Bridge: Tiga maut termasuk suspek
Pihak polis dan stesen kereta api jambatan itu terpaksa menutup laluan jambatan terbabit bagi memudahkan proses siasatan.