awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan TRW, PDRM FC berdepan kes tunggakan gaji pemain
Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari
Mesyuarat UNSC mengenai Venezuela diadakan Isnin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian terbaharu COVID-19 semakin mudah berjangkit - Penyelidik

Agensi
Agensi
05/07/2020
12:00 MYT
Varian terbaharu COVID-19 semakin mudah berjangkit - Penyelidik
Kajian semasa menunjukkan varian G614 ini tidak bersifat lebih patogenik.
KAJIAN saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.
Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti, kata pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California.
"Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit," kata jurucakap mereka, Erica Ollmann, kepada CNN.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell, berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini.
Pasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga eksperimen yang melibatkan manusia, haiwan dan sel yang menunjukkan versi mutasi itu mudah ditemui dan lebih mudah berjangkit.
"Virus ini lebih kuat. Sekali pandang, ia tidak nampak seperti berbahaya," kata Saphire.
Mutasi terbaharu itu mempengaruhi spike protein, struktur yang digunakan virus untuk masuk ke sel yang dijangkiti.
Para penyelidik menamakan mutasi baharu itu sebagai G614, dan memaklumkan mereka tidak menemui bukti jangkitan virus itu akan menjadi lebih buruk.
Ini mungkin satu berita baik, kata Lawrence Young, seorang profesor onkologi perubatan di University of Warwick, United Kingdom.
"Kajian semasa menunjukkan varian G614 ini tidak bersifat lebih patogenik," katanya.
"Jadi kita masih ada harapan dan kebolehrawatan pesakit masih tinggi walaupun ia semakin mudah berjangkit, "katanya dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#California
#COVID-19
#koronavirus
#Mutasi
#perubatan
#United Kingdom
#varian
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan