Tutup

Berita  | Dunia

Vienna bandar paling sesuai didiami 2019

Vienna bandar paling sesuai didiami 2019
Vienna kekal di tangga pertama dengan dipengaruhi oleh faktor kemampanannya, kebudayaan dan persekitaran, pendidikan, insfrastruktur termasuk penjagaan kesihatan yang stabil.
BUKAN asing lagi apabila kedengaran pujian-pujian yang indah tentang Vienna, ibu kota negara Austria yang lazimnya dikaitkan dengan seni bina bangunan yang mempesonakan mahu pun kedai kopi tradisional.

Kata-kata pujian itu sekali gus meletakkan Vienna kekal di tangga pertama bandar yang paling sesuai untuk diduduki di dunia buat tahun kedua berturut-turut.

Keutuhan Vienna di tangga pertama dunia turut dipengaruhi oleh faktor kemampanannya, kebudayaan dan persekitaran, pendidikan, insfrastruktur termasuk penjagaan kesihatan.

Di kedudukan kedua carta pula adalah Melbourne, Australia yang tergelincir satu tangga selepas menghuni kedudukan sebagai juara carta selama tujuh tahun.

Ia kemudian diikuti Sydney (Australia), Osaka (Jepun) dan Calgary (Kanada) dalam kedudukan lima teratas seperti yang diputuskan laporan tahunan oleh Global Liveability Index mengenai 140 bandar di dunia, hasil penyelidikan The Economist Intelligence Unit.
Dalam pada itu, seorang rakyat Amerika Syarikat dari bandar New York, Lucie Lamster Thury yang berpindah ke Vienan pada tahun 2004 mengakui, kota itu benar-benar mengajarnya erti kehidupan.

“Di Manhanttan, semuanya pantas, tetapi saya suka kesederhanaan di Vienna. Sebuah bandar yang tenang, bersih dan penuh dengan budaya,” katanya.

Dalam pada itu, walaupun 10 bandar utama didominasi oleh Australia, Kanada dan Jepun, Eropah tetap yang paling indah!

Lapan daripada 20 bandar di Eropah yang turut mendapat tempat adalah di Utara Eropah, Copenhagen di belakang Vienna dalam kedudukan 10 teratas.

Ia diikuti dengan Zurich, Frankfurt dan Geneva taking kedudukan ke-11, ke-12 dan ke-14.
Helsinki, Amsterdam dan Hamburg turut berada dalam kedudukan 20 teratas sementara Berlin (Jerman) dan Luxemborg di kedudukan ke-21 dan ke-23.

Honolulu pula meraih kedudukan utama bagi mewakili Amerika Syarikat di kedudukan ke-22, diikuti Atlanta, Pittsburgh, Seattle dan Washington, DC pada tangga ke-40 manakala Chicago ke-41.

London dan New York masing-masing pada kedudukan ke-48 dan ke-58 disebabkan faktor kadar jenayah, keganasan dan infrastruktur yang teruk.

Kedudukan kota cinta, Paris turut tergugat ekoran isu protes anti-kerajaan menyebabkan ia jatuh enam anak tangga dari tahun lepas kepada kedudukan ke-26.

Negara jiran kita, Singapura tersenarai di kedudukan ke-40 manakala Dubai di tangga ke-70.

Kota metropolitan Hong Kong pula di kedudukan ke-38, sebelum mengambil kira faktor bantahan terkini berhubung politik.

Sementara itu, Kaherah (Mesir) dan New Delhi (India) turut tergugat disebabkan faktor persekitaran termasuk kemiskinan dan udara selain bekalan air yang tidak mencukupi.

Damascus di Syria pula Syria dilabel sebagai bandar yang kurang sesuai untuk diduduki diikuti dengan Lagos, Nigeria, dan Dhaka (Bangladesh).

Caracas di Venezuelan turut tersenarai dalam carta 10 bandar kurang sesuai untuk didiami diikuti oleh Karachi, Tripoli dan Harare.

Tag: Australia, Bangladesh, Amsterdam, keganasan, jenayah, Singapura, Sydney, Hong Kong, London, World, Most Livable Cities 2019


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.