awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virus Wuhan pertama dikesan di Amerika Syarikat

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
21/01/2020
23:28 MYT
Virus Wuhan pertama dikesan di Amerika Syarikat
Amerika Syarikat merupakan negara kelima yang mempunyai rekod virus tersebut selepas China, Thailand, Jepun dan Korea Selatan - Foto REUTERS/Tyrone Siu
KES pertama koronavirus yang menyerang Asia telah dikesan di Amerika Syarikat.
Seorang lelaki dari Washington dikesan menghidap selesema selepas pulang daripada melancong ke bandar Wuhan, China.
Pesakit berusia 30 tahun itu tiba di Amerika Syarikat pada 15 Januari lalu sebelum lapangan terbang memulakan pemeriksaan pelancong dari Wuhan.
Dia kemudian mendapatkan rawatan doktor selepas mengalami gejala penyakit tersebut setelah mengetahui mengenainya di media sosial.
Pegawai perubatan dalam pada itu mengesahkan lelaki berkenaan didiagnos dengan jangkitan itu dan dimasukkan ke hospital pada Isnin.
Lelaki tersebut dilapor berada dalam keadaan baik dan stabil dan kini dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.
Amerika Syarikat merupakan negara kelima yang mempunyai rekod virus tersebut selepas China, Thailand, Jepun dan Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#gejala penyakit
#koronavirus
#kuarantin
#pemeriksaan pelancong
#selesema
#virus
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan